MD 95
Assalamualaikum. I'm back! Pheww, so long long time biarkan diary kesayangan nie berusang usangan. Muahahaha~ Kinda busy right now, pheww.Okay, so how you all punya holiday? Mesti gegempak je kan memasing. Aku? Haihh, biasa je. Balik je Kajang, kerja 3 hari. Ahad dengan Khamis ngedate sampai lebam, hahaha. Jumaat dengan Sabtu balik Perak, ada wedding. Ahad shoot balik Mersing. Haa, jauh tak mak jemah berjalan? Haha, erkk, over, okayy.
Cuti Raya Cina nie takde apa yang special sangat bagi aku. Cuma tuu lahh, dapat jumpa dia and paling penting dapat lepak, layan kepala gila dengan family. Well, aku bukan selalu pun dapat nak merasa suasana macam nie.
This semester, semester paling penat aku rasa. Dengan semester yang aku rasa macam pendek bebenor, dengan assessment yang tak sesiap lagi. Aku nak cuti lama lagi. Alahaaii, pengsan aku sekejap!
Ehh, chopp! Nak share nieyhh, eheheh. Aku dah ada anak tauu? Ekekekk, anak angkat je nokk. Yelahh, sementara belum lagi nie, manjakan anak orang je lhaa. Nak tengok? Sat ehhh....
Haa, tuu lha diaa. Yang tudung merah tuu, Ibu Azlyna, tengah hok comey lotey nuh, Mama Yatt, and hujung tuu aku, Mama Mea. Eheheh, dah jadi mama tau sekarang. Yang pasti, mama kandung baby nie yang tetengah tuh. Comel kan? Opss, nama anak angkat aku nie, Muhammad Afif Faris a.k.a Apip! Hahaha, comel sangat. Macam anak cina.
Okay, tutup cerita Apip. Aku pun dah mengantuk. Lain kali aku post lagi yekk? Harap tak bosan menunggu. Eheheh, student life kan? Busy memanjang, entah apa yang dibusykan pun taktahu. Hahaha, okay, byee! Nah belanja sekeping dua gambar aku yang comel niee, hahah~
MD 94
Assalamulaikum. Lama kan tak dengar aku berchegita? Haha, takde mood ahh nak story mory berideboring! Stress dengan personal life.
Okay, meh sini nak gossip kejap! Taknak? Pegi main jauh jauh, sshhuuhhhh~ Haha *gelak jahat* First of all, aku nak cakap Alhamdulillah. Sebab? Finally aku dapat apa yang aku nak. Nak tahu apa dia? Hah, julingkan mata anda anda semua ke bawah. Kihkihkih~
See? My own baby! Hihi, thank you so much to mom and dad sebab belikan this sweet baby for me *wink wink* Plat baru lagi kauu! Haha. Kebetulan nombor plat kereta aku sama dengan nombor station office ayah den. Haha, mengekek aku gelak tengok ayah dok berwhatsapp dengan boss dia. Ehh, fikir ayah aku kuno nau kee? Maju jugakk okayy? Dipengaruhi oleh putera puteri beliau. Hihi.
And semalam punya semalam, apa lagi? Aku lenjan kereta nie pi merayau berjimba berdating dan seangkatannya dengan adik aku dengan member adik aku. Hihihih, pi mana? Alaa, pi dekat dekat je. Tak masuk KL pungg! Taknak aku, sesakk kutt weekend. Nah belanja satu selfie, satu je lhaa, takboleh lelebih, bahaya! Hahaha!
Hihi, nampak tak kebahagiaan disitu? By the way, I want to say, so much thank you to my parents sebab realisasikan hajat aku walaupun banyak sangat perkara yang bercanggah dengan keinginan parents aku. In shaa Allah, aku akan jaga baby nie sebaik mungkin. Hihi, gembira tak habis lagi niee! Haha, tuh jee. Nanti lain kali sambung lagi ehh? Nak pi lunch, kbai!
MD 93
Assalamualaikum. Hari nie aku rasa bersyukur sangat sangat. Walaupun aku dengan family kadang kadang terjal sikit, tapi dorang sayangkan aku. Alhamdulillah *amin* Banyak perkara kenapa aku rasa happy hari nie.
First; I just got new phone. Happy gila kutt! *lompat lompat* Aku bukan sengaja okay nak mintak phone baru. BB aku nie memang dah menempah kotak khas, asyik meragam je dari semalam. Actually, dah lama dah meragam nye. Aku siap azam, kekonon nak beli phone baru bila dah dapat elaun nanti. Tapi, rezeki aku muncul hari nie. Ayah belikan. Ya Allah, thank you, ayah! Nak tahu ke phone ape? Jeng jeng jeng! Haha *muka annoying*
Yup! It's Samsung Galaxy Grand II!! Hii, happy gila kutt. Haipp! Reti bersyukur, Mia. Ehh, alhamdulillah. But, seriously, happy sangat. Tak terkata ahh! Hehe. Aku nie memang manja dengan ayah. Apa yang aku nak, ayah akan buat. Walaupun ayah cakap "Takde", "Takboleh", tapi one day, dia akan tunaikan jugak permintaan aku.
Cuma kereta je yang aku tak dapat lagi. Tapi, aku sabar. In shaa Allah, akan dapat jugakk. One day. Hehe. Dah lah, aku pun dah nak balik. Nak share pasal tuu je. Ehehehe, eksaitett nieyh! *muka bangga* Kbai!
MD 92
Assalamualaikum. Rindu aku tak? Tak?! Huh, okay *sentap* Ampunkan patik kerana sekian lama tidak menghupdate diari yang tak berapa nak kesayangan patik ini. Haha, apakah?
Aku takde idea lhaa, sebab tuu aku biarkan diari chenta hatiku ini berusang-usangan. Haha! Okay, aku cerita sikit beberapa perihal. Adoii! Dah lha, Mia!
Minggu nie agak sedih bagi aku. Bergaduh dengan si dia, stress sebab tak dapat apa yang diingini. Oh, heyy! Aku dah ada lesen tauu? Kehkehkeh *muka tak senonoh*
Tapi kan, ada lesen tapi tak dibenarkan sama sekali memandu kenderaan. Hm, seghupe aku tak payah amik lesen. Ye dok? Takpe lha, redhaa *geleng kepala* Ikut hati yang dalam nie, nak amik Viva, sebab aku sendiri dah pernah bawak and aku rase selesa bila dengan kereta tuu. Tapi, mama suruh request amik Honda. Katanya, aku hanya boleh drive bila aku balik Kajang je. Bila aku kat Johor, ayah yang guna kereta aku. Hm, baru berangan nak bawak kereta sendiri balik Johor. Tapi, buat masa nie, aku terpaksa melenyapkan hasrat aku nie seketika. Sebab nak amik kereta aku nie ade masalah sikit. Tersangkut dekat loan. Kalau tak, dah boleh amik dah. Sebab sebelum aku amik lesen, mama dah booking kereta untuk aku. Hm, tapi terpaksa ditangguhkan. Sedih tahu?!
Si dia? Hm, hancur lebur hati aku bila aku ajak jumpa, katanya takde rezeki. Dia mengepalai segerombolan konvoi. Hm, sedih niee! Tapi, aku buat bodoh jekk. Taknak dah menangis. Letih! Ehh, ingat airmata aku nie senang je nak mengalir? Susah kay? *mata terjegil* Haha, tipu!
Aku ada mimpi sesuatu yang mengerikan. Bagi aku lha. Aku mimpi mama meninggal. Dalam mimpi tuu, aku, makcik aku, sepupu dengan adik aku tengah seronok-seronok kat mane entah. Pastu, tetiba aku dapat tahu, yang mama meninggal. Aku pengsan kat situ jugakk. Aku nampak, mama baring, pastu kena tutup dengan kain batik lepas. Pastu, kiri kanan ada orang baca Yassin. Tak lama lepas tuu, aku terjaga. Aku tengok jam kat phone, baru pukul 0430 pagi. Hm, terus aku menangis.
Aku message dia, cakap pasal mimpi tuu. Tapi, dia cakap tuu mainan tidur. Bila aku cakap yang aku rasa macam mimpi tuu betul, dia marah aku pulakk. Hm. Kalau tak silap aku, nie dah 2 kali aku mimpi mama meninggal. Selalunya orang cakap yang kalau kita mimpi orang tuu meninggal, orang tuu akan panjang umur. Amin! Aku tak dapat nak bayangkan kalau mama takde nanti. Aku belum bersedia untuk itu. Sumpah, aku takut sangat kalau aku hilang mama.
Harap-harap, mama akan panjang umur dan sihat selalu. Korang tolong doakan family aku ye? Jangan risau, doa aku sentiasa ada untuk korang yang setia jenguk blog aku.
MD 91
Aku pun taktahu kenapa sejak kebelakangan ini, rasa nak menempuh fasa baru dalam hidup setiap insan, makin membuak-buak. Rasa macam taksabar sangat.
Haha, kenapa ehh? Tapi, seriously, hati aku rasa macam teringin sangat. Adakah sebab ada antara kawan aku yang dah kahwin? Atau adakah sebab fikiran aku dah mula ke arah itu? Haih, aku pun taktahu sebab apa. Tapi, apa yang aku tahu, rasa nak kahwin tuu makin menjadi-jadi. Haha, siot jekk!
Tiap kali lalu kat sebelah butik pengantin, mesti aku berangan aku lah patung yang pakai baju pengantin cecantik tuu. Haha, dah macam Zara Zya pulakk dalam cerita LYMA tuh.
Kadang tuu bila aku keluar sorang atau berteman, mesti orang tanya dah kahwin ke? Mana taknya, dengan jari berinai, cincin nye. Ada sekali tuu, aku kat luar lha. Tengah cari apa ntah, lupe dokk! Haa, cari blazer. Masa tuu aku kat zaman jahiliah lagi, keluar taknak seksa pulak dressupnyaa. Haha! Tengah tengok-tengok baju, tetiba salesgirl tuu datang kat aku. Dia cakap, "Kak, akak tak muat pakai baju nie. Akak cuba try baju nie". *sambil menunjukkan baju preggy*
And aku? Wadehekk! Orang dah tengok aku lain macam jekk. Aku pun dengan malu-malu kucingnya cakap kat dia, "Dik, akak belum kawen". Aku terus keluar, takjadik dah nak shopping. Well guys! Nampak sangat ke aku nie dah kawen? Adoii!
Tapi, aku mengaku lha, memang diri ini dah gegedik nak kahwin. Haha, jujur kayhh?! Tapi, aku takde lha sesuka hati je pilih suami macam pilih ikan kat pasar. Aku pun macam orang lain jugakk. Nak pilih suami yang betul-betul boleh bimbing aku. And the most important is, sanggup terima baik buruk aku, sanggup terima kisah silam aku which is zaman jahiliah aku.
Sebab aku tahu, taksemua orang boleh terima kisah silam pasangan dia. Walaupun si anak setuju, terima, tapi si bapak dan si ibu langsung taknak terima. Dengan alasan, MALU. Kadang-kadang aku sendiri takfaham. Memang faktor kisah silam tuu jadi suatu racun yang paling bisa ke kalau kita nak dirikan masjid? Asal teruk, buruk je, reject teruihh! Lama-lama, haktuihh!
Pada pandangan aku, seorang anak muda yang tak berapa nak muda nie, isu kisah silam nie taklah secomplicated mana. Aku pun dalam dilema pasal nie. Sebab, tiap kali ada lelaki yang aku tengah nak dok kenen-kenen nie, tanya pasal nikah kahwin nie, mesti aku akan tanya dia, sanggup ke terima aku, sanggup ke terima perangai aku, sanggup ke terima kisah silam aku? And tahu dia jawab ape? Haihh, mestilah sanggup. Tapi lepas tuu aku fikir balik, selama mana dia sanggup? Entah-entah, baru sebulan dua kahwin, dah cerai. Sebab apa? Mungkin masa nak kahwin tuu, mak bapak dia taksuka, tak berkenan. Kahwinkan pun sebab si anak dah suka sangat dengan pasangannya tuu.
Even sekarang pun aku masih lagi takut tentang satu perkara tuu. Tapi dalam takut-takut aku pun, hati dok melonjak-lonjak bila fikir pasal kahwin. Haha, sengal dohh!
Haihh, aku pun taktahu nak bebel ape lagi dah. Itu sajalah kisah untuk entry kali ini. Renung-renungkan dan selamat beribadah! Haha, kbai!
MD 90
Pagi pagi lagi aku dah menangis. Hm, actually dah selalu sangat aku menangis.
Hm, betul apa yang mak cakap. Hidup aku memang menyusahkan je. Sekali pun takde nak senangkan hati dia. Selama 20 tahun aku hidup, memang aku selalu sangat buat mak sakit hati dengan aku. Ade je masalah yang aku buat. Kalau sekali aku takbuat masalah, taksah.
Hm, agaknya aku hidup nie akan selalu beri masalah pada orang. Kan? Hm, apa yang mak cakap pagi tadi, memang betul betul menusuk hati aku. Hm, tapi aku tak salahkan mak. Sebab apa yang aku buat dulu, dah banyak koyakkan hati dia.
Hm, aku sedih sangat. Kadang kadang aku rasa, kan bagus kalau aku takmuncul dalam keluarga ni. Dorang pun takde nak tanggung malu sebab perangai aku yang macam setan nie. Betul tak?
Kadang kadang jugakk, aku rasa macam aku takkan bahagia. Aku rasa macam aku nie akan selamanya sedih macam nie. Hm, entahlah. Masa aku taip entry nie pun, aku tengah tahan airmata aku. Aku cuba tahan airmata nie dari terjatuh. Aku cuba tahan sedaya upaya aku. Hm, ya Allah sakitnya hati aku.
Mak, maafkan kakak. Kakak memang takkan mampu nak bahagiakan mak. Kakak memang takkan mampu nak menyenangkan hati mak. Kakak tahu yang kakak memang selalu sangat menyusahkan hati mak. Takpe, kakak sedar tuu. Mungkin kalau kakak takde dalam hidup mak, mungkin mak takkan sakit hati, sedih, kecewa macam sekarang nie. Kakak minta maaf ye, mak?
MD 89
Assalamualaikum. Well, hari nie aku nak cerita pasal someone yang digelar kawan, sahabat, bff and so on. Jom kita teruskan!
Okay, korang tahu tak apa makna di sebalik kawan, sahabat, bff semua tuu? Tak tahu? Haa, meh rapat rapat kat akak, akak cerita yee? Haha.
1) Kawan
Kawan nie boleh dikatakan macam orang biasa pada kita. Aku kenal kau, kau kenal aku. Aku tegur kau, kau tegur aku. Haa, macam tuu lha. Kalau kita ada masalah, golongan kawan nie hanya dengar dan tengok je. Senang cerita, kawan nie orang yang takde apa apa maksud lha dalam hidup kita.
2) Sahabat
Sahabat nie sangat berbeza dengan kawan. Sebab, sahabat nie sentiasa ada dengan kau tak kira masa. Tak kira teruk macam mana pun kau buat dekat dia, dia buat dekat kau, korang masih boleh together gether lagi. Kalau ada orang cuba nak pisahkan korang, korang cuma dengar je. Tapi, korang takkan serang 1 sama lain. Sebab apa? Sebab korang lebih kenal perangai masing masing. Kau tahu dia macam mana, perangai dia, sampaikan rahsia dia paling besar pun korang tahu. Senang cerita, dialah sahabat sejati kau. Dialah yang paling memahami kau, dan boleh sekepala dengan kau. Dia tak kisah kau macam mana sekalipun, dia tetap ada dengan kau, sokong kau.
3) BFF
BFF nie sama macam sahabat. Lebih kurang je maknanya. Pendek cerita, dia nie sahabat susah senang kau. Mana mana kau pergi, mesti ada dia. Korang selalu contact each other, saling tak lupakan.

Dulu aku pernah ada seorang yang aku gelar sahabat aku. Tapi, kitorang putus sebab kesalahan yang aku sendiri buat. Kesal memang kesal. Tapi, nak buat macam mana. Aku yang buat salah, aku terpaksa tanggung lah akibatnya. Kitorang dah berbaik balik, tapi tak rapat macam dulu. Contact pun dekat social network je. Aku follow perkembangan life dia sama ada dekat Facebook atau Instagram je. Rindu memang rindu sangat, tapi aku redha je lah.
Dulu pun aku ada 2 orang BFF. Dorang memang boleh 'masuk' dengan aku. Yang sorang tuu, dah sebilik dengan aku 2 sem nie. Kitorang memang rapat sangat. Persahabatan tuu putus jugakk disebabkan aku. Tak dinafikan, aku rindu nak lepak dengan dorang, bercakap, gelak ketawa, semua lah. Tapi, dorang jauhkan diri dari aku. Mungkin dorang susah nak maafkan kesalahan aku.
Sekarang aku ada sorang je kawan aku. Dia budak Manjung. Kitorang kenal sejak zaman sekolah. Dia pun dah jadi anak angkat family aku, and aku pun sama. Dia je yang sanggup kawan dengan aku. Aku macam mana sekalipun, dia terima. Aku sayang dia sangat, dialah kawan, sahabat, bff, kakak, adik, semuanya!
Aku pun sayang 3 orang yang aku cerita atas tuu, tapi aku rasa aku takkan dapat jadi kawan dorang semula. Hm. Aku redha je.
Untuk Yatt, aku mintak maaf untuk semua salah aku dekat kau. Aku harap kau dah maafkan aku. Aku rindu dan sayangkan kau. Maaf, kawan :')
Untuk Shera dan Mami, aku mintak maaf jugakk. Aku tahu korang susah nak maafkan aku. Aku faham. Aku harap korang maafkan aku. Aku bukan ego taknak bercakap, bersemuka dengan korang. Tapi, setiap kali aku nak pergi dekat korang, nak bercakap, bersemuka, korang tak layan aku. Korang benci nak dengar suara aku, apatah lagi nak bersemuka. Apa apa pun, aku mintak korang halalkan apa yang korang pernah bagi aku dulu.
Untuk Eyra, thanks babe! Kau je kawan aku sekarang. Aku takde kawan lain dah. Aku harap kau dan aku tetap jadi kawan sampai bila bila. Aku taknak persahabatan kita nie putus walaupun disebabkan kesalahan aku atau kau. Biar kita sama sama sampai bila bila pun. Aku sayang kau, Eyra. Thanks again :')
Last sekali, nak cari kawan yang gelak, happy memang senang. Tapi, kita kena ingat. Kawan yang ada dengan kita masa senang, susah untuk muncul bila kita dalam kesusahan. Carilah kawan yang boleh membimbing kita, bukannya menjatuhkan kita bila kita berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Kawan yang macam tuu, hanya suka melihat kita tersungkur. Itu bukan kawan yang baik. Dan kita. Kita juga mesti jadi kawan yang baik. Kita mesti terima perangai kawan kita seadanya. Baik buruk dia, dia tuu lah yang ada bila kita susah dan senang. Paling penting, dia jugakk yang paling memahami kita.
MD 88
Boleh ke? Hm, walau apa pun yang berlaku, kita tetap takboleh nak patah balik ke masa silam. Betul tak? Walaupun kita beria-ia, meronta-ronta nakkan semua tuu semula, kita takkan dapat semula.
Jadi, kita perlu terus ke hadapan dan jangan toleh belakang lagi dah. Yang lepas, biarkan lepas. Walaupun perit sekali pun, jangan toleh ke belakang lagi. Semua tuu kita jadikan sebagai iktibar untuk diri kita sendiri.
So, just stay strong. And keep smile, even it's fake! In shaa Allah, you'll be fine and you'll be more stronger.
Ye, itulah yang aku selalu pesan dekat diri aku sendiri. Walaupun payah, aku cuba jugakk. Tak guna kita nak kenang benda yang dah lepas. Makin dikenang, makin buat kita lemah. Well, aku akan kuat! Bukan untuk sape-sape. Tapi, untuk diri aku sendiri.
MD 87
Assalamualaikum. Hari ini adalah hari berkabung untuk seluruh dunia. Sebab apa? Sebab hari ini jugakk jenazah-jenazah mangsa nahas tragedi MH17 dibawa pulang ke Malaysia. MH17 yang ditembak pada 17 July lalu di Ukraine memang sangat-sangat tragik dan menyedihkan.
Aku sendiri takdapat nak tahan sebak bila dengar siaran radio yang bercakap tentang MH17 nie. Bila tengok beg-beg pakaian mangsa, anak patung anak mereka bersepah dekat tanah, ya Allah sedihnya! Aku boleh bayangkan macam mana situasi mereka ketika itu. Panik, takut, sedih, semuanya bercampur baur.
Even masa aku taip entry nie pun aku masih tahan sebak. Ya Allah, semoga roh mereka aman. Untuk keluarga mahupun waris mangsa MH17, diharapkan semuanya dapat terima semua ini dengan redha dan banyakkan bersabar.
Dalam masa yang sama, jangan pulak kita lupa apa yang sedang berlaku di Palestin. Saudara-saudara kita juga sedang dalam ketakutan dan kesedihan disana. Hampir setiap hari ada sahaja berita yang keluar tentang Gaza. Marilah kita bersama-sama mendoakan untuk mereka yang berada di Gaza dan kita sedekahkan al-Fatihah untuk mangsa-mangsa MH17. Semoga apa yang kita doakan akan sampai kepada mereka, in shaa Allah.
MD 86
Assalamualaikum. Hii, nampak tak ada something new kat blog aku? Nampak? Ehehe, baru nak berjinak jinak dengan nuffnang. Actually, aku tak berapa nak gheti lagi guna nuffnang nie. So, sape sape yang memang familiar dengan nuffnang, boleh lah turunkan ilmu korang tuu dekat aku. Jangan lah simpan sorang. Sharing kan caring? Ye dakk? Hee. Okayy, jangan lupe click nuffnang tuu ehh? Thank you!
MD 85
Assalamualaikum. Semalam rumah aku ada buat makan-makan sikit. Alaa, ade kawan ayah dengan mama datang, so buat lha makan-makan. Tapi kecik-kecik je. Sabtu nie baru yang besar-besar.Pehh, penat gile kutt. Pagi-pagi pegi pasar, beli lauk. Balik terus berpumpang-pumpang kat dapur. Sampai lha ke petang. Menunya takde lha havoc sangat, yang simple-simple je; kari kambing, kari ikan, bowtie carbonara, nasi impit, kuah lodeh, jelatah, fruit cheese cake, apple pai, nasi beriani. Haa, simple je kan? Tapi aku dengan mama ayah bersilat kat dapur macam masak untuk kenduri kawen! Haha!
Tapi, penat aku kurang sikit sebab leka layan baby kawan ayah. Hee, comel gila bak hangg! Geram je aku. Ada sorang baby nie, dia diam je. Takde lha meragam sangat. Aku suap lha sos custard yang makan dengan apple pai tuu. Comel je dia buat bunyi nyam nyam, haha. Tergelak aku. Pastu, bagi dia minum air. Aku belum sua lagi cawan tuu, kepala dia dah tunduk dulu. Pastu main-main tiup air. Alahaaiiii! Geram betul aku. Dah lha comel, muka macam anak patung, dengan keletah dia lagi. Haha. Hilang kejap penat aku.
Nie Sabtu nie, takde lha aku nak bersilat-silat lagi dah. Guna katering. Senang. Haa, alang-alang aku dah buat entry nie, sape-sape yang free-free hujung minggu nie, datang lah rumah. Haa, amik num aku nie, 0126456458. Kat office nie, aku takboleh nak bukak chatbox aku nie. Dorang block. Nanti, pape, roger ehh?
MD 84
Assalamualaikum. Aku dah penat nak berlakon lagi dah. Lakonan aku dah tak sehebat dulu. Sekarang nie, bila aku cuba berlakon, akhirnya aku yang sakit hati, akhirnya aku yang menangis. Aku dah penat.
Biarlah aku teruskan macam nie. Berpura-pura macam takde ape yang jadi antara kau dan aku. Aku akan anggap macam takde apa pun yang buat aku sakit hati dengan tingkah laku kau. Aku akan anggap macam segala-galanya sama macam dulu. Walhal tak pun.
Aku letih sangat dah. Aku takkan letak harapan tinggi menggunung untuk hubungan nie macam masa mula-mula dulu. Aku takkan! Serik dah. Bukan aku serik dengan kau. Tapi aku serik bila setiap kali aku mengharap sesuatu dari kau, cukup susah nak dapat. Jadi, kali nie, aku takkan berharap apa-apa pun dari kau.
Andai kata kau dengan aku takde jodoh walaupun berapa lama kita bersama, satu je jawapan aku. PASRAH. Itu je. Sebab aku pasti, kalau jodoh aku dengan kau, walau jauh mana pun kita, kita pasti akan bersatu jugakk nanti. Jadi, buat masa nie, itu je yang aku fikir untuk hubungan kita.
Aku bukan tak menghargai kau, kasih sayang kau, pengorbanan kau, sabar kau. Aku hargai sangat-sangat. Tapi, aku serik. Hm, kalau kau baca nie, aku harap kau takkan fikir yang bukan-bukan pasal aku. Aku harap, kau faham apa yang aku cuba nak cakapkan. Dan bukannya fikir atau tuduh yang bukan-bukan.
MD 83
Assalamualaikum. Sejak kebelakangan nie, aku rasa macam dah tawar hati. Mungkin sebab derita yang aku dah lalui dulu. Aku bukannya taknak jadi macam dulu balik dengan dia. Nak memang nak, tapi ada je benda yang akan buatkan aku bad mood, pastu terus jadi gaduh. Hm, aku pun tak pasti kenapa aku rasa macam nie.Tapi, sejujurnya aku macam dah takde rasa pape untuk benda yang dinamakan cinta. Rasa kasih tuu ada, tapi rasa untuk saling amik berat, macam dah kurang. Entah, aku pun pening.
Tapi aku nak dia. Erkk, macam mane tuu ehh? Haha, lupekan je lah. Buat semak kepala je. Baik aku fikir pasal kerja lagi bagus.
MD 82
Assalamualaikum. Ramai cakap raya nie takde rasa kemeriahannya langsung. Bagi kanak-kanak, mungkin masa raya nie yang paling ditunggu-tunggu. Sebab nak kutip duit raya sana sini. Ada yang siap cakap, nak kumpul untuk beli handphone baru lha, mainan baru, semuanya baru lah.Tapi, bagi aku, raya nie rasa kosong sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa seronok beraya tuu dah takde. Mungkin sebab raya nie macam-macam hal dah jadi. Dengan masalah family ayah aku, masalah aku, kenduri sepupu aku pulakk. Macam-macam.
Setidak-tidaknya, aku bersyukur sebab masih boleh berpuasa dan menyambut hari lebaran dengan family aku. Cuba korang tengok yang kat Gaza tuu. Suram betul. Haihh, kesian.
Takpelah, syurga menantimu di sana. Sabar ya?
MD 81
Assalamualaikum. Hari nie aku taknak bercakap. Biar lah gambar-gambar aku je yang bercakap dengan korang. Let's check it out!~![]() |
| 2nd Syawal, Teluk Intan |
![]() |
| Pimple! 2nd Syawal, Teluk Intan |
![]() |
| Boyprengg :) |
![]() |
| 6th Syawal, Wedding, Hotel Angsoka |
![]() |
| Simple of me :) |
![]() |
| We love you, Mom! |
![]() |
| She's my queen <3 |
![]() |
| Greenishhh |
![]() |
| My super duper heartbeat |
![]() |
| Bergaya kan? Well, like mother, like daughter. |
![]() |
| Little family (tak cukup korum nieyhh) |
![]() |
| Yeayy! My lovely king and queen! |
![]() |
| Yee, kami memang gila selfie :D |
MD 80
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Aku mintak maaf kalau ade antara entry aku sebelum nie yang kadang-kadang buat korang terasa ke ape ke, maaf lha ye. Okay, hari nie aku bukan nak cerita kemeriahan sambut raya. Tapi, aku nak cerita ape yang aku nampak and rasa masa raya nie.27 Julai, abang sedara aku yang nak kawen Sabtu nie datang rumah pukul 3 am. Tak pernah pernah datang pepagi buta, boleh pulak dia sampai. Datang jauh-jauh, pagi-pagi buta semata-mata nak amik doorgift yang mak aku sponsor. Alahai, macam kitorang tak balik je Sabtu nie. Katanya abah dia dah mengamuk, bendanya takde. Paranoid lah kutt. Adik aku pulak gatal pegi ikut balik sana. Family aku dah plan, raya nie tak balik, raya Kajang je. Nak pegi carik duit raya. Tup tup, budak tuu pulak ikut balik. So, terpaksa lah kitorang 3 beranak balik sana. Bawak lah sekali doorgiftnye.
Pastu, raya lah macam biasa. Ayah cakap nak balik Gopeng kejap, jumpe adik beradik dia. Maklumlah, setahun sekali je kumpul. Sampai-sampai sana, dorang semua siap-siap nak keluar beraya rumah Ocin. Ayah aku pun keluar lah, salam ape sume. Tapi, dorang buat tak layan jek. Takpe lah, mungkin dorang nak cepat. Sampai je rumah Ocin tuu, ayah pun jumpe lah dorang. Tengah lepak makan, ayah pegi jumpe adik beradik dia, salam, mintak maaf semua. Tapi dorang still tak layan ayah. Ayah jumpe Mak Teh, nak salam mintak maaf, 3 kali ayah hulur tangan, sikit pun taknak sambut, malah cakap "Tak mau, tak mau, tak mau!". Ya Allah, sedihnya ayah. Kau kalau taknak maafkan ayah aku, sekurang-kurangnya sambut lah tangan dia. Nie depan orang kau cakap macam tuu dengan ayah aku, adik ipar kau! Kalau kata bukan muhrim, apesal dengan laki lain kau boleh salam? Nama aje dah naik umrah, tapi berdendam!
Ayah pun duduk lah kat depan, dengan aku, mak. Sedih je muka ayah. Orang tak layan dia borak pun. Nak menangis aku tengok ayah. Macam dipulaukan. Ayah pegi dekat orang nie, orang nie pegi dekat orang lain. Ya Allah, sebak aku cerita nie. Nak balik Teluk Intan, kitorang pegi lah salam makcik sume. Sampai dekat Mak Teh, aku hulur tangan cakap nak balik dah. Dia langsung tak pandang muka aku, sambut salam pun macam nak taknak. Aku rasa nak je aku sembur dia kat situ.
Masa on the way balik, ayah cakap, dia sedih adik beradik dia buat macam tuu. Mana tak nya, kami datang nak beraya, mintak maaf. Alih-alih diorang layan ayah aku macam tuu. Serupa tak payah jumpa langsung. Sampai lah Teluk Intan, muka ayah sedih je, diam je. Aku sedih tengok ayah macam tuu. Sampai hati dorang buat ayah macam tuu. Ayah takde pun anggap dorang jahat, ayah anggap dorang sume baik-baik je. Tapi dorang? Buat ayah macam tak wujud depan dorang! Kenapa kau kejam sangat?! Adik kau balik, nak jumpa kau, nak beraya, tapi kau sanggup buat adik kau macam tu! Manusia apa kau nie?!
Hanya disebabkan mak aku mintak hak dia balik, kau sampai nak pulaukan ayah aku, apahal?! Kau patutnya malu sebab mintak duit dengan mak aku, sedangkan mak aku ipar kau. Tak salah pun mak aku mintak hak dia balik, sebab duit tuu duit mak aku. Kau yang suruh ayah aku mintak kat mak aku. Sanggup kau datang jauh-jauh semata-mata nakkan duit kan? Kalau tak, takkan ada kau jejak kaki dekat rumah aku, kan?
Bila kau buat macam nie, nampak sangat kau berdendam. Ehh, apa guna kau pegi umrah, pakai stokin, pakai sarung tangan, tudung labuh, pakai jubah kalau kau sendiri berdendam?! Nie bulan Syawal, family aku datang sana raya pertama, kau tergamak buat macam tuu kan? Memang takde makna pun raya nie bagi ayah aku. Sebab apa? Sebab kau tergamak layan dia, buat dia macam manusia takde perasaan!! Kau tunggu lah apa yang akan kau rasa bila anak kau nanti, buat macam mana kau laki bini buat dekat ayah aku.
Kau fikir lah sikit. Menangis ayah aku hari tuu, kesian aku tengok. Dia macam orang terpinggir je korang buat kan? Kalau nak diikutkan, macam-macam yang laki kau buat kat ayah aku. Motor kesayangan ayah aku masa dia bujang, kata nak pinjam buat pegi keje. Last-last? Laki kau jual motor tuu. Sedangkan ayah aku bayar ansuran lagi. Dah lah jual senyap-senyap, duit motor tuu pun kau makan sekali. Aku tak tahu lah.
Aku dengan mak, adik aku, puas nak happykan ayah balik. Walaupun dia sedih sangat, dia cuba ikut happy dengan kitorang. Aku akan balas balik ape yang kau dah buat dekat ayah aku. Walaupun ayah aku dah takde nanti, aku akan tuntut balik. Kau tunggu je nanti!
MD 79
Assalamualaikum. Sementara tunggu pukul 5, maka masa yang ada nie, aku gunakan untuk terus mengupdate blog terchenta nie haa.
Sabtu nie aku ada appointment pukul 9 kat KPJ Kajang. Habis tuu, aku ingat nak pegi cut my hair. Sebab rasa macam rimas pulak rambut panjang-panjang nie. Bukan apa, sekarang kan aku dah pakai tudung. Bila bukak je tudungnya, rambut aku gatal-gatal. Plus, kelemumur dah makin beranak pinak kat kepala aku. So, the solution is, CUT!!
Okay, aku ingat nak buat rambut macam kat gambar tuu. Rasa-rasa korang, okay tak? Warna rambut aku pulak sejibik macam tuu. Aku nak rambut yang tak berapa pendek and tak lah panjang macam sekarang. TAPI, at least aku boleh ikat. Tuu yang aku nak.
Okay, sekarang pun dah nak pukul 5. Aku nak pegi kunci bilik bos, buat apa-apa yang patut dulu. Jumpa esok. Kbai!
MD 78
Assalamualaikum. Can you see how happy I am? Wahh, mana tak nya. Baru dapat duit raya!! Hehe. Taknak banyak pulakk tuu kan? Berapa? Haihh, tak payah tahu lah. Hikhik~
Terima kasih banyak-banyak, Dato. Moga Allah lebih murahkan rezeki Dato. Aminn. Ya Allah, tak pernah kutt dapat duit raya banyak macam nie. Memang teruja gila lah kan kan? Haha.
Okay, tuu je nak cerita. Ceritanya sikit je, eksaitet je lebih! Muahaha.
MD 77
Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari nie dah Ramadhan yang ke 26. Bagi yang keperempuanan, tak cukup puasa tuu normal. Tapi bagi yang kelelakian, tak cukup puasa tuu memang tak normal langsung!
Okey, aku taknak cakap pasal raya lagi. Sekarang nie, aku nak cakap pasal "INSPIRATION". Okey, aku nak tanye, sape sumber inspirasi korang? Apa inspirasi korang? Bagi aku, sumber inspirasi aku of course lah family aku sendiri. And dia pun menjadi salah satu sumber inspirasi aku. Contoh? Family aku banyak kali suruh aku berubah, pakai tudung apa semua. Tapi aku nie degil yang amat!! Pakai tudung nye memang pakai, tapi kejap on kejap off. Haa, gitu lah.
Tapi sekarang, alhamdulillah, aku dah mula nak fully hijab. But, ada lah jugak aku bukak. But, mostly aku pakai. Thanks to my family and him cause be my inspiration to wear the hijab. Apa lagi? Apa kata korang share, ape inspirasi korang? Nak jugak aku tahu. Mana lah tahu kalau-kalau kita boleh share. Sharing kan caring? Okey. Itu je buat masa nie. Kbai!
MD 76
"I tend to fall apart when I'm alone". Macam tuu lah keadaan aku kalau aku dah lama sangat tahan perasaan. Aku akan menangis sorang-sorang. Aku menangis, memang orang takkan sedar. Sebab aku menangis senyap-senyap. Budak bilik aku pun tak tahu aku menangis. Tahu-tahu je, mata aku dah bengkak.
Kadang-kadang, menangis nie cara yang terbaik untuk kita lepaskan perasaan kita. Bukan sebab kita nak tarik perhatian orang, tapi sebab kita tak mampu nak simpan rasa sedih tuu lagi. Mungkin ada yang terlalu sakit untuk kita terima sampai menyebabkan kita mengalirkan air mata. Bagi aku, aku menangis untuk lepaskan apa yang tersimpan dalam hati aku. Tak kisah benda tuu baru atau lama, bila aku ingatkan balik, mesti aku menangis.
Sampai sekarang aku masih macam tuu. Kadang-kadang, bila dia tanye aku menangis ke, aku akan jawab tak, pastu aku senyap sebab sambung nangis. Bukan sengaja nak tipu, tapi aku tak tahu macam mana aku nak cakap kat dia, yang masa tuu aku tengah sedih sangat. Kesian jugak kat dia sebab buat dia rasa serba salah. Sebab dia pernah cakap, yang dia taknak tengok atau dengar aku menangis.
Tapi, lately nie aku banyak menangis disebabkan dia. Actually, everything's fine between us. Takde apa masalah pun. Aku nie jenis yang benci diabaikan. Tak kira sape-sape pun. Aku memang cukup benci. Bila aku dah mula rasa terabai, aku simpan je dulu. Once aku tak tahan, menangis je lah aku mampu.
Sebenarnya, aku cuma nak cakap. Menangislah semahu-mahunya. Biarkan hati kita tenang. Memang perit menanggung sedih, sakit. Tapi, lagi sakit kalau kita tak lepaskan. Betul tak?













































Name: Nurdalma Taksiah bt. Ikhsan
ND'S PAGE has been my official personal blogging site since February 2009. I blogged for about few months and then I totally abandoned my blog for my studies. I rarely online this blog because I'm very busy with my studies especially this is my final year.
Learn how to cook!


