MD 87
Assalamualaikum. Hari ini adalah hari berkabung untuk seluruh dunia. Sebab apa? Sebab hari ini jugakk jenazah-jenazah mangsa nahas tragedi MH17 dibawa pulang ke Malaysia. MH17 yang ditembak pada 17 July lalu di Ukraine memang sangat-sangat tragik dan menyedihkan.
Aku sendiri takdapat nak tahan sebak bila dengar siaran radio yang bercakap tentang MH17 nie. Bila tengok beg-beg pakaian mangsa, anak patung anak mereka bersepah dekat tanah, ya Allah sedihnya! Aku boleh bayangkan macam mana situasi mereka ketika itu. Panik, takut, sedih, semuanya bercampur baur.
Even masa aku taip entry nie pun aku masih tahan sebak. Ya Allah, semoga roh mereka aman. Untuk keluarga mahupun waris mangsa MH17, diharapkan semuanya dapat terima semua ini dengan redha dan banyakkan bersabar.
Dalam masa yang sama, jangan pulak kita lupa apa yang sedang berlaku di Palestin. Saudara-saudara kita juga sedang dalam ketakutan dan kesedihan disana. Hampir setiap hari ada sahaja berita yang keluar tentang Gaza. Marilah kita bersama-sama mendoakan untuk mereka yang berada di Gaza dan kita sedekahkan al-Fatihah untuk mangsa-mangsa MH17. Semoga apa yang kita doakan akan sampai kepada mereka, in shaa Allah.