Everyone is different in style and that's what makes everyone unique. Be you, not someone else.
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 MD 92


Assalamualaikum. Rindu aku tak? Tak?! Huh, okay *sentap* Ampunkan patik kerana sekian lama tidak menghupdate diari yang tak berapa nak kesayangan patik ini. Haha, apakah? 

Aku takde idea lhaa, sebab tuu aku biarkan diari chenta hatiku ini berusang-usangan. Haha! Okay, aku cerita sikit beberapa perihal. Adoii! Dah lha, Mia! 

Minggu nie agak sedih bagi aku. Bergaduh dengan si dia, stress sebab tak dapat apa yang diingini. Oh, heyy! Aku dah ada lesen tauu? Kehkehkeh *muka tak senonoh*

Tapi kan, ada lesen tapi tak dibenarkan sama sekali memandu kenderaan. Hm, seghupe aku tak payah amik lesen. Ye dok? Takpe lha, redhaa *geleng kepala* Ikut hati yang dalam nie, nak amik Viva, sebab aku sendiri dah pernah bawak and aku rase selesa bila dengan kereta tuu. Tapi, mama suruh request amik Honda. Katanya, aku hanya boleh drive bila aku balik Kajang je. Bila aku kat Johor, ayah yang guna kereta aku. Hm, baru berangan nak bawak kereta sendiri balik Johor. Tapi, buat masa nie, aku terpaksa melenyapkan hasrat aku nie seketika. Sebab nak amik kereta aku nie ade masalah sikit. Tersangkut dekat loan. Kalau tak, dah boleh amik dah. Sebab sebelum aku amik lesen, mama dah booking kereta untuk aku. Hm, tapi terpaksa ditangguhkan. Sedih tahu?! 

Si dia? Hm, hancur lebur hati aku bila aku ajak jumpa, katanya takde rezeki. Dia mengepalai segerombolan konvoi. Hm, sedih niee! Tapi, aku buat bodoh jekk. Taknak dah menangis. Letih! Ehh, ingat airmata aku nie senang je nak mengalir? Susah kay? *mata terjegil* Haha, tipu! 

Aku ada mimpi sesuatu yang mengerikan. Bagi aku lha. Aku mimpi mama meninggal. Dalam mimpi tuu, aku, makcik aku, sepupu dengan adik aku tengah seronok-seronok kat mane entah. Pastu, tetiba aku dapat tahu, yang mama meninggal. Aku pengsan kat situ jugakk. Aku nampak, mama baring, pastu kena tutup dengan kain batik lepas. Pastu, kiri kanan ada orang baca Yassin. Tak lama lepas tuu, aku terjaga. Aku tengok jam kat phone, baru pukul 0430 pagi. Hm, terus aku menangis. 

Aku message dia, cakap pasal mimpi tuu. Tapi, dia cakap tuu mainan tidur. Bila aku cakap yang aku rasa macam mimpi tuu betul, dia marah aku pulakk. Hm. Kalau tak silap aku, nie dah 2 kali aku mimpi mama meninggal. Selalunya orang cakap yang kalau kita mimpi orang tuu meninggal, orang tuu akan panjang umur. Amin! Aku tak dapat nak bayangkan kalau mama takde nanti. Aku belum bersedia untuk itu. Sumpah, aku takut sangat kalau aku hilang mama. 

Harap-harap, mama akan panjang umur dan sihat selalu. Korang tolong doakan family aku ye? Jangan risau, doa aku sentiasa ada untuk korang yang setia jenguk blog aku. 
"MD 92" was Posted On: 30 September 2014 @4:21:00 PM | 0 lovely comments

« Older posts | Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from




Layout and banner proudly made by TeaCakeHouse
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ