Everyone is different in style and that's what makes everyone unique. Be you, not someone else.
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 MD 42
Haii and assalamualaikum kawan-2 :) Korang sehadd jea kan? Mia pon sehadd-2 jea, alhamdulillah. So, mulai saat nie, Mia akan mulakan hidup baru. Insya Allah. Result macam mane? Err, okayy lha bagi Mia. Tapi, Mia akan repeat 1 paper. Paper ape? Korang tak perlu tahu lha. Bukan ade kaitan ape-2 pon dengan korang. Yup, memang orang cakap, repeat nie susah. Tapi, Mia tetap nak repeat jugakk. So, jangan banyak tanye, okayy? Okayy, Mia nak cerita sesuatu kat korang nie. Mungkin ade yang dah tahu. Tapi, bagi Mia, cerita nie, boleh buadd orang menangis. Sape yang hati keras macam batu tuu, tak tahu lha pulakk kan? So, jom lha. Same-2 kita bace cerita nie :)

Kenapa mesti dia? Sukar untuk aku lupakannya tapi aku redha! Sayangku, cintaku padamu akan tersemat dihati ini untuk selamanya.
Awak.. Awak insan yang paling baik pernah saya kenali. Takde sape yang dapat gantikan awak untuk saya. Awak nak tahu tak? Saya still simpan semua kenangan kita bersama. Tiap malam saya akan pegang gambar kita sebelum tidur. Awak ingat tak kenangan kita dulu?
Awak bukalah mata.. Tengok nie, saya bawak buah limau! Awak suka kan? Dulu before date, mesti awak beli limau. Selalu suapkan saya mase tuu. Tapi sekarang? Awak dah taknak suap saya ke? Bangunlah awak...
Dah lame tak borak dengan awak. Rindu pulak nak dengar awak membebel :'(
Awak, ingat tak cincin nie? Time tuu saya marah awak. Awak cakap awak beli cincin tuu untuk girl lain. Saya LEMPANG awak! MAAFKAN saya, awak. Saya sayangkan awak. Dengan pantas awak sarungkan cincin nie. Awak bisik di telinga saya..
sayangku, abang hanya untukmu. selamanya...
Menangis saya mase tuu. Awak ingat tak? Sayang, saya still pakai sampai sekarang nie. Taknak bukak!
Tiap-2 hari walaupun awak sibuk, awak akan cari ruang untuk bersama saya. TERIMA KASIH awak. Bila orang tanya siapa saya, awak cakap saya isteri awak. Kelakar kan? Malu pun ade.
Awak cakap,
kita tak boleh sentuh tau, sebab kita belum jadi yang sah lagi..
Saya mengiakan. Awak baik :)
TAPI.... saya mintak maaf mungkirinya.  Saya telah pegang tangan awak sekarang. Banyak harapan saya untuk awak. Dulu awak cakap tak pandang muka saya 1hari awak dah gelisah kan? Sekarang? Dah lama awak tak pandang muka saya. Bukalah mata sayangku.
Tanpa awak, tiadalah cinta yang terjalin selama nie awak. Ingat tak? Tiap-2 malam awak nyanyi untuk saya? Walaupun suara awak tak sedap, bagi saya sedap :) Awak bagi kiss melalui phone. Awak kata tak boleh bagi kiss betul-2. Bila dah sah baru boleh. Sekali lagi saya mengiakan. Awak, time tuu happy sangat-2. Macam awak dan saya jea dalam dunia nie.
Awak kata sanggup mati demi saya. Shhh! Saya tutup mulut awak. Dah jangan cakap macam tuu. Takde sape mati. Saya tengok awak dah mengalirkan air mata. Nape nie awak? Awak diam. Dan diam..
Awak, ingat tak lagi first time kita jumpa? Haha. Awak bagi saya gula-2. Macam budak-2. Tapi saya tahu awak baik. Sebab tuu sampai sekarang saya selesa dengan awak. TERIMA KASIH AWAK..
Awak, tiap-2 hari saya datang jenguk awak. Hati saya percaya suatu hari nanti awak akan sedar :) Saya nak hidup dengan awak. Ingat tak janji kita? Saya tahu awak tak boleh hidup tanpa saya juga kan?
Hari saya marah awak sebab tak cakap pun awak pergi shopping, awak diam jea. Diam-2, saya buadd muka senyoyong. Tiba-2 satu bungkusan. Posmen datang bagi. Nie haa, hadiah. Eh, daripada awak. Nape tak bagi terus? Bukakk.. YA ALLAH, sehelai tudung, kain kurung.
Ade surat, awak tulis:
sayang, bila awak dah buka bungkusan tuu, ade tudung dengan kain kurung kan? abang nak awak pakai. jahit kain tuu biar jadi baju kurung. taknak kebaya tau :) abang nak awak pakai mase harijadi sayang nanti. sempat siap tuu.
Berderai air mata saya, awak. Awak.. saya dah marah-2 awak, nape tak cakap? Malam tuu saya call awak. Saya minta maaf. Awak maafkan :)
Awak, bangunlah. Saya nak impian kita tercapai. Dulu, kalau awak sakit, awak tak pernah bagitahu. Bila saya tanya kenapa awak jawab:
yang, abang nak jadi wira/hero di mata sayang! kenape? sebab abang nak jadi yang terbaik! sayang sempurna di mata abang..
Itu kali terakhir awak cakap macam tuu. Bila benda tuu nak berulang lagi awak?
Tepat pada malam harijadi saya, ramai orang wish, awak. Awak orang pertama call. Wah, siap nyanyi lagi nie! Awak kata nak cakap puas-2 takut nanti tak jumpa. Dah! Kan dah kena marah kat saya! Awak gelak. Awak cakap mane lha tahu.
Memang Tuhan menguji kita. Besok tuu awak ajak saya makan. Nak belanja sempena harijadi saya. Wah bestnye. Saya pakai kain dan tudung yang awak beri. Awak kata ayu. Tak tahu bila lagi awak boleh tengok. Awak.. nape awak cakap macam tuu? Nak tinggal saya? Awak diam. Muka awak pucat. Tak tidur kea? Alasan awak banyak kerja. Takpe, balik nanti rest okay!
Kita borak habis-2 petang tuu. Potpet-2. Tapi awak tak macam hari biasa. Tak cakap sangat. Nape ye? Ape-2 pun terima kasih awak semua nie :) Bunga awak bagi besar. Saya still simpan walaupun dah layu sekarang nie. Awak, saya cintakan awak sampai akhir hayat saya. Sumpah awak!!
Awak kata nak balik. Tergesa-2 awak. Awak kata nak bagi surprise, tunggu oke. Saya senyum, happy betul! Lamanya awak. Berjam saya tunggu. Mane nie? Message tak balas, call tak angkat. Saya dah mula tak sedap hati. Nasib baik rumah awak tak jauh sangat. Saya naik teksi. Saya nampak ada sebuah kereta REMUK! Kereta awak! Saya turun cepat. Tanya orang ramai, mane tuan dia?
Dia cakap awak cedera parah. Saya tengok dalam kereta ade satu bekas gula dan cincin emas ade berlian. Ade tulisan:
untukmu bakal isteriku. ku ingin melamarmu...
Melutut saya kat situ. Menangis saya. Terus saya pergi hospital. Awak masuk ICU. Saya tengok mak awak nangis. Dia peluk saya! Saya faham! Saya nak awak! Time tuu saya macam orang gila! Mane awak? Macam mane awak?
Berjam-2 saya tunggu awak tau. TIBA-2 doc keluar. Dia geleng-2 kepala. Dia cakap awak ade pendarahan otak. KALAULAH boleh diubati, saya sanggup gantikan tempat awak. Betul awak. Awak KOMA sampailah sekarang. Air mata saya tak pernah kering.
INI KEA SURPRISE AWAK NAK BAGI? Saya tak boleh terima! Awak jahat! :'( Saksi cakap mungkin time tuu dia nak sent message pada saya sebab kat phone awak ade lagi yang awak tulis tapi tak habis. Awak tulis:
wak, nak sampai dah nie. heee :) ade surprise. wait jea. awak takkan lupakan sampai bila-2..
Ye! Memang takkan lupa sampai bila-2! Tiap-2 hari tunggu awak. Takkan tinggalkan awak. Bila saya dah habis belajar, saya nak jaga awak kat hospital nie! Seperti awak jaga saya selama nie. Saya belum balas budi baik awak. Awak terbaik! Iloveyou..
Awak.. hari nie saya bawak limau, gula-2. Nak tahu tak? Saya pakai dua-2 cincin yang awak bagi :) Saya senyap.. Tersentap! Mata awak terbuka! Sekali lagi saya diuji. Doc cakap awak dah tak ada!! Awakk!! Jangan tinggalkan saya!! Mane janji awak? Awak tipu saya!! Hati saya hancur, impian saya berkecai.. Tapi saya redha.....
Saya bersyukur pernah kenal awak, bertuah sayangku. Awak baik. Semoga awak ditempatkan di tempat orang-2 yang soleh. Amin. Saya pegang janji saya sampai sekarang. WALAU APE YANG TERJADI, SAYA TAKKAN LUPAKAN AWAK! Awak cinta pertama dan terakhir saya. Sematkanlah cinta kita di hati awak buadd selamanya.. Terima kasih segalanya, sayangku....
Sehingga kini saya tak boleh lupakan dia. Dia terlalu baik untuk saya. Saya terlalu sayangkan awak. Sampai bila-2.

Sedih kan? Mungkin ade yang pernah alami situasi nie. Salah seorang nye, kawan Mia. Name dea, Nadia. Tapi, biase panggil dea, Ad. Ad nie baru jea kehilangan bekas kekasih dea, Thaqif. Arwah Thaqif meninggal dunia Sabtu lepas, pukul 4 petang. Sama-2 lha kita doakan kesejahteraan arwah disana ye? Untuk Ad, aku nak cakap sikit.
Ad, aku tahu bukan susah kita nak lepaskan orang yang pernah kita sayang. Tapi, kau kena redha dengan pemergian arwah. Kalau kau betul sayangkan arwah, tolong jangan menangis. Kau mesti taknak arwah terseksa kat sana kan? Aku rase, arwah pun taknak tengok kau macam nie. Be strong, girl. Ye, memang susah. Tapi kau kena kuat. Sedekahkan surah Yassin dan al-Fatihah untuk arwah. Doakan dea. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-2 yang soleh. Aminn. Ad, be strong. I know you can do it. We all loves you, sayangg :')
Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.
"MD 42" was Posted On: 27 March 2012 @5:55:00 PM | 0 lovely comments

« Older posts | Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from




Layout and banner proudly made by TeaCakeHouse
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ